Selamat Datang ke Tukang Urut Tradisional

Kami menawarkan perkhidmatan Urutan Tradisional kepada lelaki dan wanita.

Memulihkan Semula Badan Berharga Anda

Kami memiliki pengalaman lebih 20+ tahun dalam rawatan urutan ini.

Membantu anda melancarkan Kembali pengaliran darah

Urutan Tradisional Mampu mengembalikan kelancaran aliran darah anda.

Friday, December 29, 2023

Kelebihan Urut Saraf 2024

Urut saraf, juga dikenali sebagai urut refleksologi atau terapi refleksi, merupakan bentuk rawatan alternatif yang memberi fokus kepada titik-titik refleksi di kaki, tangan, atau telinga yang dikaitkan dengan organ dan sistem dalam tubuh. Walaupun terdapat tuntutan manfaat dan kelebihan berkaitan dengan urut saraf, adalah penting untuk diingat bahawa pendekatan ini sering kali dianggap sebagai bentuk rawatan holistik atau relaksasi dan tidak selalu disokong oleh bukti saintifik yang kukuh. Jika anda perlukan tukang urut sekitar tanjung malim boleh berhubung dengan Terapi Riski Urut Saraf Tanjung Malim.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang mungkin diklaim oleh penganut urut saraf:

Relaksasi dan Pemulihan Stres:

Satu tuntutan utama urut saraf adalah keupayaannya untuk merangsang relaksasi dan mengurangkan tahap stres. Pemijatan lembut dan sentuhan pada titik-titik refleksi tertentu dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan merangsang respons relaksasi tubuh.

Meningkatkan Sirkulasi Darah:

Beberapa penganut urut saraf meyakini bahawa rawatan ini dapat meningkatkan sirkulasi darah. Pemijatan dan tekanan pada titik-titik refleksi tertentu dianggap dapat membantu meningkatkan aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh.

Mengurangkan Ketegangan Otot:

Urut saraf dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan fleksibilitas. Sentuhan lembut pada titik-titik refleksi dapat merangsang respons relaksasi dan meredakan ketegangan otot.

Peningkatan Kesehatan Organ:

Beberapa penganut urut saraf meyakini bahawa merangsang titik-titik refleksi dapat memperbaiki kesihatan organ dan sistem tubuh. Walaupun tuntutan ini popular, bukti saintifik yang menyokong masih kurang kukuh.

Meningkatkan Kualiti Tidur:

Beberapa orang melaporkan bahawa mereka merasa tidur lebih baik setelah menerima urut saraf. Pemijatan dan relaksasi yang berkaitan dengan rawatan ini dapat membantu meredakan stres dan meningkatkan kualiti tidur.

Penting untuk diingat bahawa sementara sesetengah orang mungkin merasa mendapat manfaat daripada urut saraf dari segi relaksasi dan kesejahteraan umum, kesan ini bersifat individu dan tidak boleh dijamin. Sebelum mencuba jenis rawatan alternatif apa pun, sentiasa bijak untuk berunding dengan profesional kesihatan anda, terutamanya jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau sedang menjalani rawatan perubatan lain.

Thursday, December 28, 2023

Kiropraktik: Penyelesaian Holistik untuk Slip Disk dan Bahu Kaku

Dalam era moden ini, gaya hidup yang sibuk dan tekanan harian boleh memberi kesan kepada kesihatan tulang belakang dan sistem muskuloskeletal kita. Kiropraktik muncul sebagai penyelesaian holistik yang menawarkan pemulihan tanpa pembedahan untuk masalah umum seperti slip disk dan bahu kaku.

Slip disk adalah keadaan di mana disk yang berfungsi sebagai bantalan di antara tulang belakang tergelincir atau pecah. Ini boleh menyebabkan tekanan pada saraf, mencetuskan rasa sakit dan kelemahan. Di pihak lain, bahu kaku atau frozen shoulder adalah keadaan di mana pergerakan bahu menjadi terhad akibat keradangan pada kapsul sendi bahu.

Kiropraktor, yang mendapat latihan khusus dalam merawat gangguan muskuloskeletal, menawarkan pendekatan yang terintegrasi untuk mengatasi masalah ini. Dalam rawatan slip disk, kiropraktor menggunakan teknik penyesuaian tulang belakang untuk mengembalikan disk ke kedudukan semula dan mengurangkan tekanan pada saraf. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit, meningkatkan mobiliti, dan memudahkan proses penyembuhan semula jadi tubuh.

Sementara itu, untuk bahu kaku, kiropraktor memberi tumpuan kepada meningkatkan mobiliti dan kebolehtelapan bahu. Dengan rangkaian senaman dan penyesuaian sendi yang lembut, kiropraktor membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan pergerakan sendi. Selain itu, pendekatan kiropraktik memperhatikan keseimbangan keseluruhan tubuh, bukan hanya mengatasi gejala secara tempatan.

Salah satu kelebihan kiropraktik adalah pendekatannya yang semulajadi dan tidak invasif. Tanpa menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan, kiropraktik memberikan alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah muskuloskeletal. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada pencegahan, dengan kiropraktor memberikan nasihat mengenai perubahan gaya hidup, postur, dan senaman untuk mencegah kekambuhan masalah ini.

Selain itu, banyak pesakit melaporkan pemulihan tidak hanya dalam gejala fizikal, tetapi juga dalam kesejahteraan umum mereka selepas menerima rawatan kiropraktik. Rawatan kiropraktik memahami bahawa tubuh kita adalah sistem yang bersambungan, dan keseimbangan antara tulang belakang, sistem saraf, dan otot sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh.

Namun, adalah penting untuk diingat bahawa sebelum memulakan rawatan kiropraktik, perundingan dengan profesional kesihatan perlu dilakukan untuk memastikan bahawa kaedah ini sesuai dan selamat untuk keadaan pesakit. Kiropraktik boleh menyediakan penyelesaian yang berkesan untuk slip disk dan bahu kaku, membuka peluang bagi banyak individu untuk mencapai kesihatan tulang belakang dan muskuloskeletal yang optimum. Kami di Terapi Riski menyediakan penyelesaian yang efektif untuk masalah tulang belakang dan muskuloskeletal tanpa pembedahan. Jangan biarkan rasa sakit menghalang kehidupan anda. Hubungi kami sekarang untuk janji temu konsultasi

Sunday, September 13, 2020

Urutan Gastrik Dapat melegakan sakit urat disebabkan gastrik

 Alkisah malam tadi..selesai membantu pesakit saya yg mengalami sakit urat disebabkan gastrik. Badan beliau rasa bisa2 nyucuk2 pada bahagian badan sahaja ( pinggang ke leher). Angin dimana2.

Nk dijadikan cerita, pesakit saya nie dah pergi ke klinik kesihatan, klinik panel mahupun hospital untuk check sakit yang beliau alami. Paling kemuncak sakitnya pada bahagian dada. So takutkan kalau sakit jantung. Cuak jugak. Tapi kebanyakan feedback dari pengamal perubatan moden, mengesahkan jantung beliau normal. Darah normal. Cumanya gastrik jela.. So makan ubat , masih xjalan.. Sakit lagi..
So saya sarankan beliau utk urut bahagian yang sakit sahaja..fokus urut kali ini adalah utk buang angin pada badan.. dekat sejam lebihla..saya bergerak ke seluruh tulang rusuk..bahagian belakang mahupun depan.. tanpa menggunakan kaedah kiropraktik..
So saya akan urut dari sakit hingga xsakit dah.. setiap rusuk saya akan check semula..bezakan dari yg awal tadi dengan selepas diurut..mmg sangat berbeza..
Beliau ada juga ikhtiar dengan duit syiling..minta istrinya utk bantu urut tempat sakit.. Namun kesan pemulihan sangat sedikit.
Bagi urutan gastrik nie..xperlupun tangan yg kuat..sbb dengan tekanan yang sedikit..dah cukup buatkan pesakit tergeliat kesakitan..just kena layan perlahan2 jer..sampai ada kurang..
Misi saya bukan nak urut orang..tapi nak bantu selesaikan masalah orang..
Ada juga pesakit bertanya saya..mgkn sa

kit yang beliau alami berpunca daripada perbuatan khianat orang.. dan saya bagi respon, " Kalau buatan orang, simptomnya bukan macam nie" . So saya rumuskan lebih kepada gastrik. Dan nasihatkan beliau untuk jaga pemakanan dan masa makan yang teratur. Itu jer ubatnya.

Thursday, March 8, 2018

Urut Pesakit Sakit Dada Disebabkan Gastrik

Kami ada menerima pesakit yang mengalami simptom kesusahan bernafas dan dada belah kiri menyucuk-nyucuk. Pesakit ada menjalani pemeriksaan doktor namun tiada masalah jantung. Namun apabila datang ke premis kami dan menjalani rawatan urutan. Ternyata sakit itu berpunca daripada angin gastrik. Angin Gastrik berpunca dari perut namun akibat sakit yang berterusan, angin gastrik itu naik ke dada. Rawatan terbaik adalah melalui urutan, dengan membuang angin yang terdapat pada dada pesakit.

Pesakit biasanya sukar untuk tidur nyenyak pada malam hari, akan terkejut-kejut lalu bangun. Walaupun badan sangat letih. Namun setelah diurut, pesakit dapat tidur lena sehingga ke pagi.

Namun disebabkan penyakit gastrik perlu memiliki disiplin masa makan yang teratur. Ia tidak boleh diubati dengan urutan. Pesakit perlu menjaga pemakanan dengan sangat teratur.. Hanya dengan itu, rasa sakit dapat di kurangkan.

Friday, January 5, 2018

Testimoni Kami

Alhamdulillah, ada pelanggan kami yang pada urutan pertama menggunakan tongkat. Tapi setelah urutan kali ketiga, sudah boleh berjalan tanpa memerlukan tongkat lagi. Kami sangat bersyukur melihat perubahan pelanggan kami ini.

Tuesday, November 7, 2017

Urut Strok/ Angin Ahmar Rawang Selangor

Urut Strok/ Angin Ahmar Rawang Selangor

Ramai juga di kalangan kita yang mengalami stroke atau angin ahmar. Menyebabkan Lumpuh sebahagian mahupun seluruh badan. Ini mengakibatkan kita sukar untuk melakukan perkerjaan sehari-harian.

Kami ada menawarkan perkhidmatan rawatan strok / angin ahmar secara urutan dan rawatan islam. InsyaAllah mampu mambantu anda mengurangkan masalah strok ini. Hanya Allah jua yang menyembuhkan.

Jika anda ingin memanjangkan ikhtiar bersama kami. Boleh hubungi kami segera melalui no yang disediakan diweb kami ini.

keyword: rawatan strok, urut stroke, angin ahmar, rawang, country home, selangor, kuala lumpur, gombak, bukit sentosa, bukit beruntung, batang kali, serendah, rasa, kuala kubu bharu, tanjung malim, kerling, hulu selangor, sungai choh

Sunday, October 15, 2017

Sakit Kepala, Puncanya dan Kaedah Rawatan

Sakit Kepala, Puncanya dan Kaedah Rawatan

Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka.

Punca Sakit Kepala

Vaskular, penyebab migrain
Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain boleh sembuh jika pengidapnya didalam tahap permulaan setelah 4-72 jam. Pengidap migrain akan merasa sakit kepala yang amat sangat, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Ertinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada lelaki.


Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah berbeza dari sakit kepala vaskular. Ianya sering menyerang kaum lelaki. Menurut Cluster Headache Support Group nisbahnya enam lelaki berbanding satu pengidap jenis cluster. Rasa sakitnya amat menyiksa, ianya menyerang sehingga selama 15-180 minit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali diwaktu malam ketika waktu mahu tidur, dan berlarutan selama 4-8 minggu.


Myogenik
Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, dahi, kulit kepala, atau rahang. Penyebabnya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga kerana stres, gelisah dan depresi. Tidak menghairankan bila sakit kepala ini termasuk yang paling biasa, dengan intensi yang ringan hingga ke sederhana. Kadangkala rasa sakit diikuti dengan menurunnya nafsu makan.


Keradangan
Ini adalah jenis kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau yang disebabkan keradangan di dalam kepala. Kebiasaanya sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan ditambah dengan reaksi alergik.


Traction
Biasanya disebabkan oleh lesu yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan dalaman salur darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.

Cara untuk mengurangkan sakit kepala

Membaca Al-Quran dan berzikir
Sentiasa mengamalkan membaca Surah Al -Fatihah, Qul huallah & Selawat Nabi


Senaman
Jika Anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan pengubatan secara berkala, maka olahraga merupakan caranya. “Ketika anda bergerak aktif, stamina akan meningkat ianya akan mengurangkan stres dan tidur akan lebih nyenyak. Jogging, jalan cepat, berenang adalah senaman yang digalakkan tetapi tidak sesuai dengan pengidap migrain.


Minum Air
Anda disarankan minum 8 gelas sehari. Hidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar punca sakit kepala. “Jika tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cairan yang sudah ada dan memberi isyarat ‘kehausan’, iaitu sakit kepala atau migrain.


Makanan Ringan
Ketika anda pulang dari pejabat tiba-tiba anda sakit kepala yang amat sangat. Baru anda sedar bahawa sudah berjam-jam lamanya anda tidak mengisi perut hari itu. Ketika tubuh tidak mendapat makanan, badan anda akan kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Beri aku makanan. Aku kelaparan!”
Ambillah makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula , untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah anda kembali normal.


Kafein
Selain berfaedah untuk hilangkan mengantuk, kopi memiliki kelebihan lain, iaitu kandungan kafeinnya boleh mengawal rasa sakit kepala.
Selain itu, kafein juga boleh mempermudahkan penyerapan ubat migrain. Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik / mengendurkan pembuluh darah.


Tidur
Cuba untuk tidur selama 8 jam sehari. Tidur terlalu banyak atau sedikit boleh menimbulkan sakit kepala.


Rehatkan diri.
Mengadap komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala, luangkan diri untuk berihat seketika dengan berjalan melihat luar tingkap sambil mengambil udara segar atau bersandar kekerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan atau tidur sekejap antara 15 minit ke 20 minit terutama pada waktu tengahari sebelum waktu zuhur (Sunah Nabi).


Pemakanan
Memakan sayur kangkung setengah masak ( 1 ikat kangkung)


Berendam
Berendam di air hangat juga boleh mengurangkan sakit kepala anda.


Sejukkan Kepala
Ambillah kain lembut atau handuk kecil, lalu basahi dengan air bersuhu dingin. Lalu, lekapkan di kepala dan leher bahagian belakang. Jika dimata, ambil tuala kecil remdam di air suam dan lekapkan di mata beberapa minit dan diulangi beberapa kali hingga lega. Cara tersebut boleh mengurangkan rasa sakit kerana membuat efek relaksasi.


Meditasi.
Saat muncul sakit kepala cubalah untuk bermeditasi. Pejamkan mata, tarik nafas dan tahan selama lima saat kemudian buang secara perlahan. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan begitu anda boleh mengurangkan ketegangan otot penyebab sakit kepala, akibat tekanan psikologi atau tres.


Seks
Berapa kali anda menolak ajakan mesra pasangan kerana sakit kepala?! Jika selalu terjadi, maka sekarang anda perlu mengubahnya, apalagi jika anda ingin segera sembuh dari sakit kepala ini. Seks boleh melepaskan rasa sakit yang menyerang kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga boleh membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang.


Urutan Reflexologi & akupresur (acupresure)
Terapi akupresur ini dilakukan pada titik tertentu di wajah dan tangan anda, yakni:


Titik pada otot temporalis
Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, lakukan urutan pada otot temporalis di kawasan pelipis yang letaknya satu jari di atas mata bagian luar.


Titik di belakang telinga
Gunakan ibu jari untuk mengurut titik di bagian bawah tulang besar di balik telinga anda. Lakukan urutan secara putaran pada bahagian ini atau secara melintang kearah belakang kepala.


Titik antara mata
Gunakan jari tengah dan ibu jari, urut perlahan titik di atas hidung di antara kedua mata, tarik ke atas hingga anda merasakan tekanannya di sekitar alis.Dua jari tersebut menolak secara bertentangan merintasi atas alis hingga ke kening.


Titik antara ibu jari dan telunjuk
Gunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan untuk menekan titik di antara ibu jari dan telunjuk tangan kiri anda. Titik akupresur ini memberikan kesan menenangkan ke bagian kepala anda yang terasa sakit.