Selamat Datang ke Tukang Urut Tradisional

Kami menawarkan perkhidmatan Urutan Tradisional kepada lelaki dan wanita.

Memulihkan Semula Badan Berharga Anda

Kami memiliki pengalaman lebih 20+ tahun dalam rawatan urutan ini.

Membantu anda melancarkan Kembali pengaliran darah

Urutan Tradisional Mampu mengembalikan kelancaran aliran darah anda.

Tuesday, November 7, 2017

Urut Strok/ Angin Ahmar Rawang Selangor

Urut Strok/ Angin Ahmar Rawang Selangor

Ramai juga di kalangan kita yang mengalami stroke atau angin ahmar. Menyebabkan Lumpuh sebahagian mahupun seluruh badan. Ini mengakibatkan kita sukar untuk melakukan perkerjaan sehari-harian.

Kami ada menawarkan perkhidmatan rawatan strok / angin ahmar secara urutan dan rawatan islam. InsyaAllah mampu mambantu anda mengurangkan masalah strok ini. Hanya Allah jua yang menyembuhkan.

Jika anda ingin memanjangkan ikhtiar bersama kami. Boleh hubungi kami segera melalui no yang disediakan diweb kami ini.

keyword: rawatan strok, urut stroke, angin ahmar, rawang, country home, selangor, kuala lumpur, gombak, bukit sentosa, bukit beruntung, batang kali, serendah, rasa, kuala kubu bharu, tanjung malim, kerling, hulu selangor, sungai choh

Sunday, October 15, 2017

Sakit Kepala, Puncanya dan Kaedah Rawatan

Sakit Kepala, Puncanya dan Kaedah Rawatan

Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka.

Punca Sakit Kepala

Vaskular, penyebab migrain
Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain boleh sembuh jika pengidapnya didalam tahap permulaan setelah 4-72 jam. Pengidap migrain akan merasa sakit kepala yang amat sangat, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Ertinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada lelaki.


Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah berbeza dari sakit kepala vaskular. Ianya sering menyerang kaum lelaki. Menurut Cluster Headache Support Group nisbahnya enam lelaki berbanding satu pengidap jenis cluster. Rasa sakitnya amat menyiksa, ianya menyerang sehingga selama 15-180 minit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali diwaktu malam ketika waktu mahu tidur, dan berlarutan selama 4-8 minggu.


Myogenik
Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, dahi, kulit kepala, atau rahang. Penyebabnya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga kerana stres, gelisah dan depresi. Tidak menghairankan bila sakit kepala ini termasuk yang paling biasa, dengan intensi yang ringan hingga ke sederhana. Kadangkala rasa sakit diikuti dengan menurunnya nafsu makan.


Keradangan
Ini adalah jenis kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau yang disebabkan keradangan di dalam kepala. Kebiasaanya sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan ditambah dengan reaksi alergik.


Traction
Biasanya disebabkan oleh lesu yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan dalaman salur darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.

Cara untuk mengurangkan sakit kepala

Membaca Al-Quran dan berzikir
Sentiasa mengamalkan membaca Surah Al -Fatihah, Qul huallah & Selawat Nabi


Senaman
Jika Anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan pengubatan secara berkala, maka olahraga merupakan caranya. “Ketika anda bergerak aktif, stamina akan meningkat ianya akan mengurangkan stres dan tidur akan lebih nyenyak. Jogging, jalan cepat, berenang adalah senaman yang digalakkan tetapi tidak sesuai dengan pengidap migrain.


Minum Air
Anda disarankan minum 8 gelas sehari. Hidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar punca sakit kepala. “Jika tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cairan yang sudah ada dan memberi isyarat ‘kehausan’, iaitu sakit kepala atau migrain.


Makanan Ringan
Ketika anda pulang dari pejabat tiba-tiba anda sakit kepala yang amat sangat. Baru anda sedar bahawa sudah berjam-jam lamanya anda tidak mengisi perut hari itu. Ketika tubuh tidak mendapat makanan, badan anda akan kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Beri aku makanan. Aku kelaparan!”
Ambillah makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula , untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah anda kembali normal.


Kafein
Selain berfaedah untuk hilangkan mengantuk, kopi memiliki kelebihan lain, iaitu kandungan kafeinnya boleh mengawal rasa sakit kepala.
Selain itu, kafein juga boleh mempermudahkan penyerapan ubat migrain. Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik / mengendurkan pembuluh darah.


Tidur
Cuba untuk tidur selama 8 jam sehari. Tidur terlalu banyak atau sedikit boleh menimbulkan sakit kepala.


Rehatkan diri.
Mengadap komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala, luangkan diri untuk berihat seketika dengan berjalan melihat luar tingkap sambil mengambil udara segar atau bersandar kekerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan atau tidur sekejap antara 15 minit ke 20 minit terutama pada waktu tengahari sebelum waktu zuhur (Sunah Nabi).


Pemakanan
Memakan sayur kangkung setengah masak ( 1 ikat kangkung)


Berendam
Berendam di air hangat juga boleh mengurangkan sakit kepala anda.


Sejukkan Kepala
Ambillah kain lembut atau handuk kecil, lalu basahi dengan air bersuhu dingin. Lalu, lekapkan di kepala dan leher bahagian belakang. Jika dimata, ambil tuala kecil remdam di air suam dan lekapkan di mata beberapa minit dan diulangi beberapa kali hingga lega. Cara tersebut boleh mengurangkan rasa sakit kerana membuat efek relaksasi.


Meditasi.
Saat muncul sakit kepala cubalah untuk bermeditasi. Pejamkan mata, tarik nafas dan tahan selama lima saat kemudian buang secara perlahan. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan begitu anda boleh mengurangkan ketegangan otot penyebab sakit kepala, akibat tekanan psikologi atau tres.


Seks
Berapa kali anda menolak ajakan mesra pasangan kerana sakit kepala?! Jika selalu terjadi, maka sekarang anda perlu mengubahnya, apalagi jika anda ingin segera sembuh dari sakit kepala ini. Seks boleh melepaskan rasa sakit yang menyerang kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga boleh membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang.


Urutan Reflexologi & akupresur (acupresure)
Terapi akupresur ini dilakukan pada titik tertentu di wajah dan tangan anda, yakni:


Titik pada otot temporalis
Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, lakukan urutan pada otot temporalis di kawasan pelipis yang letaknya satu jari di atas mata bagian luar.


Titik di belakang telinga
Gunakan ibu jari untuk mengurut titik di bagian bawah tulang besar di balik telinga anda. Lakukan urutan secara putaran pada bahagian ini atau secara melintang kearah belakang kepala.


Titik antara mata
Gunakan jari tengah dan ibu jari, urut perlahan titik di atas hidung di antara kedua mata, tarik ke atas hingga anda merasakan tekanannya di sekitar alis.Dua jari tersebut menolak secara bertentangan merintasi atas alis hingga ke kening.


Titik antara ibu jari dan telunjuk
Gunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan untuk menekan titik di antara ibu jari dan telunjuk tangan kiri anda. Titik akupresur ini memberikan kesan menenangkan ke bagian kepala anda yang terasa sakit.

Urut Tapak Kaki Sebelum Tidur

Urut tapak kaki sebelum tidur dan rasai kesannya apabila bangun esok pagi.

.
1. Melancarkan Aliran Darah
.
Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

.
2. Mengatasi Masalah Migrain
.
Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.
.
3. Menurunkan Tekanan Darah
.
Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai. Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.
.
4. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan
.
Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.
.
5. Menurunkan Risiko Menopause
.
Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.
.
Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan. com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.
.
Oleh itu, pasangan suami isteri, sama-sama l;ah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya!
.
Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.

Urutan Tradisional Melayu

Urutan Tradisional Melayu

Terdapat berbagai jenis urutan tradisional yang boleh kita temui, antara jenis jenis urut tradisional tersebut adalah seperti berikut:

1. Urut tradisional kesihatan biasa seluruh badan lelaki/wanita 
2. Urut tradisional wanita selepas bersalin. 
3. Urut tradisional lemah tenaga batin/lemah syahwat(cepat keluar air mani/tidak boleh bertahan).Kita boleh menggunakan minyak urut khas yang sangat menakjubkan seperti minyak linang jantan,minyak ikan belacak,minyak lintah dan banyak lagi. 
4. Urut tradisional bagi orang yang susah mendapat zuriat(khas). 
5. Urut tradisional lelah(athma) 
6. Urut terseliuh,terkehel dan salah urat. 
7. Urut tradisional migrain. 
8. Urut tradisional untuk berkasih sayang/bersantai. 
9.Urut tradisional lumpuh. 

Tujuan Rawatan Urut Tradisional. 

URUTan-batin 

Tujuan utama seseorang mendapatkan urutan adalah lebih kurangnya dengan jenis urutan yang mereka dapati.Di antara tujuannya adalah seperti: 

Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat,merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan kembali tenaga mereka selepas melahirkan.Urut wanita bersalin juga merangkumi urutan menaikkan kembali peranakan yang kendur atau turun akibat meneran ketika melahirkan. Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel. urutan-pengantin Tujuan-tujuan lain yang kita boleh dapati dari berurut adalah urut tenaga batin bagi lelaki.

Dengan cara dan kaedah yang betul dan tekun,orang lelaki yang hampir mengalami masalah tenaga batin akan boleh pulih kembali dengan berurut.Menggunakan minyak linang jantan boleh membantu menyembuhkan kembali tenaga kelakian.Bukan itu sahaja.Para lelaki boleh memanjang atau membesarkan saiz zakar mereka.Mengikut pengetahuan,zakar Melayu dan Cina boleh menjadi lebih panjang sebanyak 1 hingga 2 inci jika kena kaedah mengurut.Mengurut tenaga batin dengan tekun dan sempurna boleh mengelakkan gejala pancutan air mani sebelum masanya.Urut tradisional tenaga batin juga boleh mempertingkatkan prestasi ketegangan zakar serta memecahkan lemak,lendir dan angin yang menghalang pengaliran darah. Urut tradisional juga boleh memecahkan toksin atau racun dalam badan,dan juga boleh memecahkan gula dalam darah bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis. Bagi urut tradisional santai,regangan dan urut suami isteri dapat mengeratkan lagi kasih sayang,dan pasangan akan mendapat kesihatan yang sempurna apabila suami isteri dapat bertukar tukar urutan.Cara urut tradisional ini lebih sempurna kerana urutan yang berjadual akan menjamin hasil kesihatan yang sangat baik.Kebaikan urut tradisional suami isteri juga dapat mengimbangkan Yi dan Yang di mana orang-orang Tionghua percaya bahawa Yi itu untuk wanita dan Yang pula untuk lelaki.Yang demikian tidak secara langsung memberi keseimbangan antara lelaki dan wanita untuk hasil yang diperolehi. Untuk urut tradisional bagi penyakit lumpuh pula,penyakit lumpuh yang lama dan serius adalah rumit.Hal tersebut bergantung kepada orang yang berusaha merawat penyakit itu sendiri,setakat mana azamnya ia mahu pesakit itu sembuh. Kaedah Rawatan Dalam Urut Tradisional Melayu.

Terdapat berbagai kaedah yang digunakan oleh orang melayu untuk merawat sesuatu penyakit.

Terdapat 4 kaedah dalam rawatan urut tradisional iaitu rawatan sakit otak,jampi/pantang larang pelakuan,ramuan ubat-ubatan dan pembedahan kecil-kecilan/perbidanan.Kaedah rawatan dalam rawatan urut tradisional yang dilakukan adalah berbeza bergantung kepada punca dan jenis penyakit yang dihadapi.Penyakit yang disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib,jenis rawatan dalam urut tradisional adalah pesakit itu dirawat secara batiniah.Adakalanya penyakit batiniah dirawat dengan menggunakan air doa @ jampi mentera.Begitulah uniknya kaedah rawatan yang digunakan dalam urut tradisional.

Teknik Urutan Bahu dan Leher

Teknik Urutan Bahu dan Leher

Bagi kebanyakan pekerja di pejabat yang bersifat statik, mereka boleh mengalami ketegangan atau stres. Ia berlaku kerana otot-otot di bahagian leher dan bahu mengalami kurang pergerakannya bagi tempoh yang lama.

Untuk melegakan otot-otot dan melancarkan kembali perjalanan darah, anda boleh membantu rakan dengan melakukan urutan leher dan bahu.

Bagi memulakan urutan ini,
1. Minta rakan anda duduk dengan selesa sambil memejamkan mata dan cuba fikirkan sesuatu yang memenangkan fikiran. Berdiri dibelakang dan letakkan tangan di atas bahunya.
2. Mulai dengan Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk sambil mengurut dengan perlahan ke bahu dan kembali semula ke tengkuk. Ulangi sebanyak 3 kali.
3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu sehingga kebahagian atas lengan. Ulangi sebanyak 3 kali. 4. Gunakan ibu jari untuk mengurut bahagian tengkuk bermula dari bahagian bawah tengkuk bergerak menjauhi tulang belakang. Ulangi sebanyak 3 kali.
5. Urut bahagian bawah tengkuk dengan ibu jari dengan teknik memutar.
6. Letakan satu tangan di dahi dan sebelah tangan lagi di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala rakan ke kanan dan kemudian ke sebelah kiri.

Gunakan Jari Jemari

7. Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi sebanyak 3 kali.
8. Akhir sekali letakkan kembali tangan di bahagian bahu rakan anda.
Teknik releksasi yang diamalkan dapat mengurangkan rasa stres yang dialami dan memulihkan rasa keyakinan dalam diri seseorang.
Amalkan urutan leher dan bahu ini. Sudah pasti ia akan dapat membantu mengurangkan stres anda.

Pupuk minda sihat dengan menangani stres. –end –